Jiran diperlukan di mutiara desaru
Alhamdulillah, selesai sudah urusan dengan pihak developer dan bank. Jenuh juga nak kena tanda-tangan kesemua dokumen. Ada 4 set dokumen dengan 4 salinan setiap satu.
Oh ya. kami menjemput anda semua untuk menjadi jiran kami memandangkan tanah di sebelah kiri dan kanan rumah kami masih lagi kosong. Jom la kita berjiran .. hehe.
Lokasi taman ni berdekatan dengan pantai desaru. Lebih kurang 5- 10 minit perjalanan ke pantai desaru bergantung kepada jenis kenderaan. Kalau nak berjalan kaki pun boleh la. Untuk lebih jelas, boleh lihat http://wikimapia.org/#lat=1.560016&lon=104.2431199&z=15&l=0&m=b
Terdapat juga pantai-pantai lain yang berhampiran seperti Tanjung Balau, Batu Layar, Punggai dan lain-lain.
Dokumen-dokumen perjanjian hutang.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Tadaaa. ingatkan takda apa-apa lagi, rupanya developer dah mulakan kerja-kerja asas. Jalan masuk ke kawasan rumah dan tapak asas rumah sedang dijalankan.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Gambar di atas ni nampak rumah yg dah siap tu kan? Rumah kami bukan jenis itu. (More …)



Bronaz 1:14 am on March 5, 2012 Permalink |
Saya dah beli juga jenis Semi D fasa 1 6 bln lepas.
ibnuyahya 3:56 pm on March 6, 2012 Permalink |
6 bulan lepas maknanya rumah dah naik la ye
Bronaz 7:34 pm on March 15, 2012 Permalink |
skg nie rasanya dah 50% siap…refer pd surat yg di htr utk claim duit dari bank..
ana 10:35 pm on March 15, 2012 Permalink |
salam, tumpang tanye, agaknye berapa harga rumah semi d yang encik bronaz beli ek? skang da naik jadi 210 k, ingatkan nak beli, tapi tengah pk banyak kali.dulu hrganya baru 160 k kan?
ibnuyahya 9:27 am on March 16, 2012 Permalink |
Sementara kita tunggu sedara bronaz jawab. Saya nak kongsi sikit pendapat saya. Rumah yang kitaorang beli dulu harganya kurang 100k dari harga sekarang. Memang rasa rugi juga sebab harga rumah sekarang lebih mahal dari harga rumah “corner lot”.Tapi kalau tunggu lagi, memang harga rumah tak akan turun. Memandangkan highway senai desaru dah siap dan ada ura-ura pusat pemprosesan minyak di pengerang, maka hartanah di kawasan mungkin akan naik dan naik lagi…
ana 9:43 am on March 16, 2012 Permalink |
tu la kan? saye sokong kate2 ibnuyahya, ok ke x ek kalu buat combine loan? sabtu minggu depn kami nk tengok showroom, ape tips sebelum beli rumah ye? boleh share? hihi… kalau beli dekat mutiara desaru ape yang die nak kan ye? kene sediakan duit booking ke? maaf la byk tanye, kami tengah mencari rumah untuk dijadikan aset.. n saye lihat penawar adalah tempat terbaik memandangkan infrastruktur dari segi pendidikan & pembangunan akan berkembang pesat di penawar.. tq share post pasal mutiara desaru, jenuh google, hihi
ibnuyahya 10:28 am on March 16, 2012 Permalink |
Kalau agak2 boleh lepas jika gunakan satu nama, boleh gunakan satu nama je. Kalau tak, gabung la. Perkara yang perlu disediakan
1. booking fee.. haritu kami bayar dalam RM2k kot.. lupa plak. resit ada kat rumah.
2. cari loan. yang ni tak perlu risau sangat.. developer ada bank panel. sediakan je dokumen
– salinan ic
– bank statement 3 bulan
– kwsp
– surat pengesahan majikan
– slip gaji
3. lepas tu sediakan juga duit untuk bayar lowyar fee. yang ni bila loan dah approve & proses sign dokumen. ( ada sesetengah bank dah masukkan sekali kos ni. tapi kena standby juga duit sebab kadang2 tak cukup.. kita kena tambah ). Dan juga duit api & air bila nak ambil kunci nanti.
4. kalau 1st house, boleh keluarkan duit KWSP akaun 2.
5. lagi satu sebelum terlupa, lebih baik insuran rumah tu letak dua2 nama ( kalau pinjaman bersama ). Kalau nak letak satu nama, letak insuran atas nama suami. So apa2 berlaku pada suami, bebanan hutang tak ditanggung kepada Isteri.
ana 12:42 pm on March 16, 2012 Permalink
tq for the in4!!!!!!!!!!!!! sgt2 mmbntu… ingt nk gune loan gomen.. hope semuanya berjln lncr.. bru nk tgk showroom sabtu depan…
jai 3:53 pm on March 23, 2012 Permalink |
Salam,
Sy pun cdg nk beli tp x confirm lg ada penyewa x area sini?
ibnuyahya 3:57 pm on March 23, 2012 Permalink |
Penyewa tu tak pasti la. Tapi kawasan ni merupakan kawasan pendidikan. Dikelilingi dengan sekolah dan pusat pengajian tinggi. Dalam plan, ada tapak cadangan kampus UITM.
ana 9:58 am on April 2, 2012 Permalink |
saya da pegi tengok kawasan rumah, serious not bad , tapi dukacita leasehold
after discuss among fmily mmber, mereka suruh kmi tggu dulu n klu boleh cri rumh freehold, tp seyes, saye suke kawasan mutiara desaru
Bronaz 11:43 am on April 8, 2012 Permalink |
Slm sori agak busy ckit, umah Semi D yg sya beli tu harganya 165k, wat loan dgn maybank full loan lagi..
sya booking dlm bln 6/ 2011 dan sign agreement dlm bln 12/2011 lewat ckit sbb sya berkeja di saudi..
utk aset sbb dgr cite RAPID akan di bgnkan di pengerang..klu ada rezeki leh lah sya keja di RAPID..
Bronaz 11:56 am on April 8, 2012 Permalink |
Jgn risau puan ana, sbb semua umah di kawasan desaru mmg leasehold..kat pasir gudang area pun bnyk yg leasehold..umah family sya di felda papan timur pun leasehold jaraknya dari mutiara desaru cuma 15 km je..cuma umah pertama yg sya beli di nusa damai( PG) je freehold.. desaru dn bandar penawar akan maju 5 tahun dari skg andainya pembangunan RAPID menjadi kenyataan..insyaAllah..
mas 2:42 pm on April 11, 2012 Permalink |
Br blk Dr mutiara desaru, mahalnya harga rumah… sbb byk pembangunan kat situ…
ibnuyahya 4:22 pm on April 11, 2012 Permalink |
memang harga dah naik. masa saya beli pun harga dah naik 100K++ berbanding orang yang beli masa awal-awal.
Bronaz 12:36 am on April 12, 2012 Permalink |
mas….apalagi tggu sambar lah satu..hu3
jai 12:10 pm on April 12, 2012 Permalink |
Salam…saya dah buat booking 1 unit semiD…plan nak buat gomen loan..utk aset mdh2an sumenya berjln lancar. Lupa nak tanya masa booking lease hold bpa tahun..kalau sume ok saya nak cari penyewa for the 1st 2/3 years..
Bronaz 8:30 pm on April 12, 2012 Permalink |
99 thn – 13 thn… sbb ada tanya hari tu dia dh sale dlm thn 1999…