Makan Di Satay Station, Ampang
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Hari ni pertama kali makan di Satay Station, Ampang. Kami order mee bandung, satay ayam, satay daging dan satay hati ayam. Makan besar nampak? Saje je. He he he
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Secara keseluruhan saya rasa makan di sini OK. Dari segi keselesaan memang bagus. Cuma satu yg saya tak sangka rupa-rupanya ada persembahan nyayian. Mungkin sebab hujung minggu? saya tak tahu pula jika hari biasa juga ada atau tidak. Jadi.. kalau penyanyinya perempuan.. dah tak betul dari segi Islam. Sebagai manusia memang le saya terikut-ikut rentak. Nasib baik sedar diri sikit.
Namun bagi en.suami, memang beliau tidak begitu seronok dengan satay yg kami makan. Mee rebus tu tak dikomplen pula. Satay tu ada disertakan kulit dan lemak yang disengajakan. Di setiap batang satay tu.. ada kulit dan lemak seketul. Untuk satay ayam diletakkan kulit seketul manakala ada seketul lemak di satay daging. Maklumlah en.suami sekarang mengambil berat makanan sihat katanya. Saya sebagai secretary beliau disuruhnya mengambil gambar-gambar ni semua. (Termasuklah menaip entri ini adalah arahan dari beliau. Ya.. arahan sebab beliau telah menggunakan pendekatan ugutan hahaha). – <- mana ada. hahaha. ~ ibnuyahya <- ada…. ada…. adaaaaa… hehehe ~irtiyah
Sebenarnya saya tak beritahu beliau yang saya merancang mengenakan setiap satu post penulisan saya, saya akan kenakan caj yang agak lumayan ha ha ha.
Sila lihat gambar bawah bagaimana ketulan-ketulan kulit dan lemak itu dipersembahkan kepada kami. Ya.. yang tengah-tengah itu adalah ketulan kulit dan lemak. Sebenarnya fenomena ‘satay berkulit dan berlemak’ ni kami jumpa sejak duduk di Selangor/KL ni. Selama hidup di Johor tak ada pulak jumpa.
Namun ada juga satay di sini yg tak buat begitu. Oh ya.. saya pernah makan satay yg ada kelapa parut di dalam ramuan bakarnya. Satay minang ke? tak pasti pula.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Ya.. berikut merupakan gambar faberet en.suami. Beginilah rupa selonggok kulit dan lemak daripada lebih kurang 18 batang satay ayam + daging. Sebab saya sengaja layan seketul dua lemak tersebut. Saje cuba, try dan test.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Kuah satay ini juga tidak menepati citarasa beliau. Katanya kacang-kacangnya kasar hingga sukar melekat di satay ketika dicicah. Saya? saya makan kurang mencicah malam tadi.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Atas permintaan en.suami juga, harga makanan tidak dirahsiakan. Jadi memudahkan kerja saya.. nah saya tepek sekali resit. Satay tu sebatang RM 1.00 sebatang ye. Oh ya malam ni secretary belanja bos.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
Sekian dulu bebelan bagi pihak yang telah ditaja oleh en.suami. Sebenarnya saya baru berjinak-jinak dengan wordpress ni.. haih ada yg tak kena.. hampir gibap saya dibuat wordpress ni. Sebenarnya belum biasa. Terasa rindu dengan blog lama.
Posted by









ibnuyahya 7:42 am on January 25, 2012 Permalink |
Satay kajang terbaik setakat ini :p