Perancangan 2012
Saja je. mulai tahun ini, aku akan menulis apa2 yang aku rasa nak tulis. Tidak hanya tertumpu pada topik-topik teknikal. Konon-konon nak perbaiki kemahiran menulis dan bercerita. Dah lama sangat rasanya tak buat “public speaking”, teringin juga nak buat video tutorial dan masukkan ke laman YouTube… tapi tu nanti la. Kita mulakan dengan langkah pertama dulu. Menulis… ![]()
oh ya. harini aku nak berkongsi pengalaman aku dengan KWSP. Hujung tahun lepas aku ada beli satu rumah, aku gunakan dua nama. Nama aku dan nama wife sebab aku takut kalau pinjaman perumahan susah nak lulus. Jadi kami gunakan dua nama. ait.. lari topik pula. ok berbalik pada KWSP.
Apa masalah dengan KWSP ni?. sebenarnya takda apa-apa masalah pun. cuma aku nak berkongsi kepada orang-orang yang tak berapa faham prosedur pengeluaran KWSP macam aku ni.
. untuk rumah pertama dulu, aku takda masalah mengeluarkan duit dari KWSP. Nilai yang boleh dikeluarkan adalah nilai yang berada didalam akaun 2 sahaja dengan beberapa syarat:
Sila rujuk http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1258
Kalau tak faham dan perlukan bantuan, boleh hubungi pihak KWSP ye.. nak tanya aku pun boleh. InsyaAllah aku tolong yang mana mampu.
Ok. untuk pengeluaran rumah kedua, aku dah siapkan semua dokumen sebagaimana diperlukan. Semuanya lengkap marvelous…hahaha. Pagi semalam aku singgah ke pejabat KWSP Petaling jaya untuk menghantar borang. Bila tiba di kaunter semakan, pegawai yang bertugas semak la dokumen-dokumen aku tu. Dan berlakulah dialog berikut
- Pegawai KWSP: Pengeluaran untuk rumah pertama ke?.
- Aku: Rumah kedua
- Pegawai KWSP: Rumah pertama dah dijual ke ?
- Aku: Ada lagi.
- Pegawai KWSP: Kena jual dulu baru boleh mohon pengeluaran KWSP untuk rumah kedua.
- Aku: Ait… kena jual dulu ke?.
- Pegawai KWSP: Ya, rumah pertama kena jual dulu atau dilupuskan.
Panjang lagi soal jawab aku dengan Pegawai KWSP tu.. tapi tu la point nya. Pengeluaran KWSP untuk rumah kedua hanya boleh dilakukan jika rumah pertama telah dijual/dilupuskan ye.. Jadi, takda la harapan nak dapat duit “sekelepuk”. Bagi sesiapa yang merancang untuk tampung 10% downpayment rumah tu perlu perhatikan perkara ni ye.
Buktinya.. http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1258 syarat-syarat pengeluaran #4 .
Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
Habis punah perancangan aku. Tapi Alhamdulillah, nasib baik boleh gunakan Plan B dan Plan C… ![]()
