Install windows 7 dari harddisk
Kebiasaannya kita akan gunakan cdrom untuk install windows baru.Selain itu, kita juga boleh menggunakan usb drive jika mainboard kita menyokong boot dari usb. Bayangkan jika kedua-dua kaedah ini tidak boleh diguna-pakai. CDRom rosak manakala mainboard juga tiada sokongan boot dari usb. Ini berlaku pada laptop adik saya. CDROM rosak dan tiada sokongan boot dari usb.
Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian yang saya cuba
1. Install gunakan clone/ghost. Pertamanya, saya cuba muat turun file clonezilla dari http://clonezilla.org/downloads/stable/iso-zip-files.php .Oleh kerana saiz failnya agak besar dan mengambil masa untuk muat-turun… saya batalkan penyelesaian ini.
2. Pasang harddisk pada laptop saya dan install. kemudian pasang semula ke laptop adik saya.Mungkin langkah ini akan saya lakukan jika saya masih lagi menggunakan laptop lama saya.
3. Copy windows installer kedalam harddisk dan install secara terus dari harddisk. Boleh ke cara ini?… ya boleh. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.
Keperluan
1. Komputer yang ada windows 7.
2. Usb cable untuk penyambungan harddisk ke komputer. ( external harddisk case pun boleh ).
3. ISO/CD installer windows 7.
4. Harddisk yang hendak di install.
Langkah-langkah
1. sambungkan harddisk ke komputer. komputer akan detect hardisk ni seperti mana-mana external harddisk.
2. Klik kanan tetikus pada my computer dan pilih manage.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
3. Satu tetingkap baru akan keluar “Computer Management”. Pilih “disk management” di bawah senarai “storage”. Anda akan nampak senarai harddisk yang di kesan oleh komputer. Pastikan anda betul-betul tahu yang mana harddisk komputer anda dan yang mana harddisk yang ingin di install dengan windows 7. Jika silap, kemungkinan anda akan kehilangan data.
Dalam contoh ini, target harddisk adalah Disk 1. Buat dua partition seperti gambarajah di bawah. Partition pertama merupakan partition yang akan diinstall windows 7 kelak manakala partition kedua adalah untuk menyimpan fail installer windows 7. Untuk partition kedua, anda boleh letakkan saiz partition lebih kurang 3 atau 5GB. Cukup sekadar untuk copy fail installer.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
4. Format kedua-dua partition dengan fail format NTFS. Perhatikan drive number untuk kedua-dua pertition tersebut untuk langkah selanjutnya. Dalam kes ini, os akan di install pada drive E manakala fail installer akan di masukkan ke dalam drive G.
5. Masukan CD/DVD installer ke dalam cdrom. Jika anda menggunakan ISO, pastikan anda extract terlebih dahulu. Ataupun boleh juga muat turun MagicISO virtual drive untuk membaca file iso tanpa perlu extract. http://www.magiciso.com/tutorials/miso-magicdisc-overview.htm
6. Copy kesemua fail dari CD/DVD installer ke dalam drive G ( partition installer ).
![]() |
| From ibnuyahya.com |
![]() |
| From ibnuyahya.com |
7. Setelah selesai menyalin fail installer ke drive G, klik kanan command prompt untuk buka program tersebut sebagai administrator. ( start -> all programs -> accessories -> command prompt ).
![]() |
| From ibnuyahya.com |
8. Tukar arahan command prompt dari c: ke CDROM anda.. dalam kes ini, F drive. Kemudian masuk ke boot folder. Setelah masuk ke boot folder, taipkan arahan berikut untuk create boot loader ke partition installer ( drive G ).
bootsect.exe /nt60 G:
Tukar G: kepada number drive installer anda.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
9. Klik enter dan anda akan dapat lihat status berjaya seperti gambarajah dibawah.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
10. Proses hampir selesai. Buka semula “Computer Management”. ( klik kanan pada my computer -> manage ) . Select partition installer, iaitu drive G. Klik kanan tetikus dan pilih “Mark Partition As Active”.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
11. Selesai. Pasang semula harddisk ke laptop/pc anda dan start komputer.Jika langkah yang dilakukan adalah betul… pc anda akan boot windows installer. Proses install windows 7 boleh dilakukan seperti biasa.
![]() |
| From ibnuyahya.com |
![]() |
| From ibnuyahya.com |










