jom belajar vim #2 : modes

Terdapat 3 mod didalam VIM iaitu

  1. command mode – digunakan untuk taip sebarang arahan
  2. insert mode – digunakan untuk menaip text
  3. visual mode – untuk memaparkan bahagian text yang di ‘select’

Bagi menukar mod dari visual dan insert ke command mode, anda perlulah menekan kekunci ESC.

menukar ke insert mode

Anda hanya perlu menaip salah satu arahan dibawah untuk masuk ke insert mode

  1. i – insert
  2. a – append
  3. I – akan bawa cursor ke character pertama pada line semasa dan tukar mod ke insert mode
  4. A – akan bawa cursor ke character terakhir pada line semasa dan tukar mod ke insert mode

menukar ke visual mode

Anda hanya perlu menaip salah satu arahan dibawah untuk masuk ke visual mode

  1. v – character oriented – akan paparkan visual untuk berdasarkan character
  2. V – line oriented – akan paparkan visual berdasarkan line text
  3. ctrl-v – akan bawa cursor ke character pertama pada line semasa dan tukar mod ke insert mode
  4. A – akan bawa cursor ke character terakhir pada line semasa dan tukar mod ke insert mode

About ibnuyahya

Ibnuyahya has written 104 post in this blog.

Ibnuyahya merupakan seorang software developer dan freelance consultant. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam membangunkan perisian dari embedded sistem menggunakan micro-controller, windows application, mobile, image processing, artificial intelligent dan akhirnya menumpukan sepenuh tenaga dalam web application.